Sunday, June 26, 2011

mAsaLah BtOl..

hye  peeps..actually i ngah sdh ngn sume yg berlaku..sowg pntgkn diri,sowg nk cari salah owg jer,sowg xnk mengaku salah...erm mcm2 ar..Die sape nk tentu kan sape yang jahat or x????...kot sorg kawan yg bek,die xkn membeza2kan kawan2 die..i xkisah la kot die BESTFRIENDS ngn sape pun..tp die sikit pun x appreciated pe yg i n mmber i wt untuk die...i x kisah la..manusia mcm2 ragam..tp i btol2 terkilan..Al-Quran sendiri dh nyatakan


 "Oleh itu Islam telah menggariskan cara yang tepat untuk mengikat tali persahabatan. Al Quran telah menjelaskan hakikat persahabatan yang sebenar melalui firman Allah: "Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan jangan kamu berpecah belah." (Ali Imran : 103)


Pernahkah kita terfikir, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan melepakpada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Kerana itu agama telah memberi panduan yg cukup lengkap dalam segala selok kehidupan. Satu kesan daripada sifat-sifat takwa (hati yg takut pada Allah atau orang yang beriman), seseorang itu tidak akan menganiayai sahabatnya sendiri dan mempersiakan amanah atau kepercayaan yg diberi.
Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” (Al-Hajj : 38)
Sedaya upaya, pilihlah sahabat yg membimbing jalan ke syurga. Memberi sokongan di dunia, memberi manfaat di akhirat.
Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari kesilapan. Tetapi manusia itu punyai hati, perasaan insaf (conscience) dan jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri jika berlaku kezaliman. Orang mukmin menyelesaikan masalah atau konflik dengan akhlak yang mulia. Tidak sekali-kali ‘habis madu sepah dibuang‘. Berusahalah dengan hati yang ikhlas, jika sahabat tidak menghargai diri kita, bertawakkallah & doakan dirinya. Hanya Allah yang akan memberi petunjuk dan pertolongan. Ujian kehidupan di dunia yang fana’ ini akan menapis teman-teman yg benar2 jujur terhadap diri kita.
Wallahua’alam….

Sunday, June 12, 2011

gamBang...weeeeeeeee...


tanggal 10 june, I n Friends g jalan2 ke gambang at kuantan..huh mmg besh ble jln ngn kawan2...hehehe...nie pic ktorg otw g gambang..kot dari uitm segamat,xd la jauh mne..kot dr mlake or semban pergh mmg berdarah la nk duk dlm kete jer..hahaha...gambang nie xd la besh mcm sunway tp die more to family event la..x sia2 kot korg nk bwk family g snie.. :)














Monday, June 6, 2011